First of All

First of All

Nov 10, 2013

Smile Outside. Crying Inside. Who knows?

Assalammualaikum w.b.t.

Tanpa kita sedar, kita sebenarnya hidup dengan macam macam jenis manusia. Kadang kala kita tak perasan personaliti sebenar seseorang sehinggalah kita dekati orang tu kan. Tetiba hati kita tanya "eh masa bila pulak dia ni menangis? Sebelum ni tak pernah pun aku nampak dia menangis." Persoalan ni akan muncul bila kita dalam proses nak rapat dengan someone. Ya walaupun secara logiknya memang lah semua orang pernah menangis tapi sampai satu tahap akan ada yang jenis susah nak menangis tapi akan gugur jugak air mata secara tak sengaja bila ada bahu untuk dia bersandar. Bila adanya telinga yang sudi dengar luahan hati dia. Dan adanya hati yang mampu faham apa yang dia rasa.

Kalaulah seseorang tu takda semua benda ni, dia sendiri akan fikir yang takda siapa yang faham dia. So better dia act like nothing happens and move on macam biasa tapi sebenarnya dalam hati dia sepuluh kali ganda sakit. Hati orang tak ada siapa yang tahu kecuali sang Pencipta. Sampai kan ada satu tokoh menyatakan yang rahsia paling besar dalam diri manusia adalah hati. Bagi orang yang susah nak luah pasal masalah dia kat orang sekeliling, jangan risau. Allah kan ada. Dia lah Maha Mendengar. Curahlah segala-galanya kat Dia. Inshaa Allah semua masalah boleh settle.

Tapi lebih eloklah kalau kita carik someone yang boleh kita percaya untuk kita luahkan apa yang kita rasa. Kalau kita asyik pendam je, macam-macam boleh jadi. Konklusinya, sayangilah dan cubalah faham seseorang selagi dia ada di samping kita!

Truly,
Love.

May 26, 2013

| Mulut Berbisa |


Assalammualaikum w.b.t

Sepanjang hari persekolahan aku tahan ja rasa menyampah plus sakit hati dengan budak yang tak reti nak jaga hati orang lain. Please lah wei, semua orang ada feeling kan so masing-masing jaga masing- masing punya lah. Tak payah nak cakap benda yang boleh sakitkan orang lain. Apa yang kita dapat  kalau bagi orang hati haaa? Dosa berkali ganda lagi ada la. So aku seru kepada semua pihak tolong lah prihatin dengan keadaan sekeliling dan jaga mulut tu. Jangan nak lancang sangat.

Okay ni nasihat untuk diri sendiri jugak lah. Budak ni aku tak tahu lah dia tak puas hati tang mana. Asyik nak pangkah aku ajaaaa. Dia fikir apa yang dia buat semua betul? Peh lu silap ah. Semua orang tak perfect bro. So tak payah nak judge orang macam lu tuuu dah cukup sempurna. Nak tegur orang boleh kak, tapi ada caranya. Jangan tegur kesalahan orang lain sedangkan lu pun buat kesalahan yang sama. Jangan bikin malu! Malu woi kat Allah. Please lah.

Kalau buat salah, pandai-pandai lah mintak maaf or buat something yang tunjuk kita ni betul-betul mintak maaf. Takkan benda simple macam ni pun wa nak kena ajar? Mak bapak lu tak pernah ajar kut oh boleh jadi lah kan. Ini tidak, siap cakap " sorry lah, benda dah nak jadi" WHAT THE FFFFFFFFF mintak kaki gaya.  Manusia ni ada macam-macam jenis perangai. So terima lah seadanyaaaa. Tak payah nak tunjuk sangatlah yang diri tu hebat sangat. Hebat tara mana? Diam tanda protes.

One more thing, budak ni ada cakap kat sorang member wa yang dia tak suka wa sebab wa tak matang LOL boleh nampak tak siapa yang tak matang sekarang ni? Mak cik lu! Alasan tak masuk akai langsung. Macam budak-budak. Oh aku tak matang sebab aku tak pernah kapel secara serius. Oh please man please!  Aku lebih tahu mana baik mana buruk. Perlu kewwww kapel ni? Wajib? No kan? Wa takmo hampiri zina.
Tolonglah! Carik kamus then baca maksud matang yang sesungguhnya.

For the rest of my life, aku tak pernah jumpa manusia macam dia ni. Seriously. Nak kata bodoh pointer selalu tinggi lagi dari aku. Hmmm entah lah. Pandai-pandailah muhasabah diri. Thats all for now. Thanks for reading guys! 

Mar 27, 2013

Alhamdulillah! :)

Assalammualaikum w.b.t

Syukur alhamdulillah. Terima kasih Allah. Dengan izin-Nya aku masih lagi mampu duduk atas kerusi ni dengan selesa. Aku sebenarnya nak cerita pasal something. Baru-baru ni kan aku pergi vacation dengan mama dan abah aku ke Langkawi [ hok aloh dekat aje dengan perlis ] tapi kali ni lebih happening sebab kami bertiga habiskan duit yang ada. Hikhikhik mama beli macam macam ooohh nasib baiklah ada anak sekuat aku ni haa yang nak angkat bebarang tu semua.

Aku pun tumpang sekaki lah beli barang. Tak banyak pungggg :p Dan semalam paling seronok sebab abah belikan something yan baru untuk aku dan harganyaaaaaaaaa woahhhhhhhhh! rahsia :] Alhamdulillah terima kasih Allah dan terima baba! hihihi petang ni dah boleh ambik kat kedai.

Next story, abang-abang aku dah nak bertunang! Dua-dua bertemu jodoh dengan orang dari negeri yang sama. Ekceli banyak lagi persamaan antara menantu mama kedua-dua ni hmmmm tinggal aku dengan kakak aku je lah yang masih single :3 Apa-apa pun alhamdulillah. Bye semua itu saja untuk kali ini! 

Feb 12, 2013

< I M P I A N >

Today was a fairytale :')

Umpama sebuah cerita dongeng. Terasa seperti baru semalam kami semua berkumpul dan memulakan hari-hari terindah di maktab kami. Realitinya, esok kami semua pasti berpisah. Terlalu banyak memori indah yang kami lakar bersama. Walaupun kadang kala, episod hitam datang bertandang. Perpisahan terjadi dek kerana impian semua orang. Oh yeah.

Oppssss sorry perenggan di atas kelihatan agak emosional sedikit. Hikhok :> itu lah lumrah hidup kan? Bertemu dan di penghujungnya pasti ada perpisahan. Kita sebagai manusia patut reda. First of all, tahniah kepada semua kawan aku yang berjaya teruskan hidup di pkp :) Sebenarnya, aku teringin gila nak pergi sana. Erm tapi Allah sudah tetapkan rezeki aku masih ada di bumi Baling.

Thanks for everything guys!!!!!! Mereka banyak berjasa kepada aku *cewaaah* Okay aku nak cerita randomly eh. Aku teringat time jari aku terkena stapler dan tetiba darah meluncur keluar bagai burung keluar dari sangkar *aiceh* pastu sue balqis yang baik hati bawak aku pergi toilet. Dalam toilet, aku pengsan 2 kali beb. Peh kenangan pahit bhai. Pastu sue balqis ni pergi lah carik plaster untuk aku. Thanks a lot sue!

Haaa next, aku ni tak pandai mana pun. Lagi-lagi dalam subjek science. Nasib baiklah classmate aku ramai yang dapat 4flat dan tak kedekut ilmu! Aku selalu mintak tolong qadri, sue balqis, zahirah, nabil faza ergh ramai lah. Thank you tau semua :]

Walau di mana kita berada, jangan lupa asal usul kita tau. "Once first batch, forever first batch".

Kita bertemu dan berpisah kerana Allah :')

Jan 25, 2013

IM 16 YEARS OLD :]

HELLO sekarang aku baru rasa teruja bila umur aku sudah pun menjangkau 16 tahun. So yeah hoping that I can get a ride on my own motorcycle! Heho. Not just that but aku berazam untuk dapat result yang 'wow' dalam setiap exam yang aku bakal hadapi. Doakan aku weh!

Kalau anda anda perasan, aku suka letak gambar yang animated ( macam yang kat atas tu ) actually aku sangat sangat suka sebab hmmm entah lah. Layan je lah. Orang orang yang kat atas tu semuanya kawan aku. Aku harap sangat lah aku tak dapat pergi ke mana mana pkp sebab kan budak-budak ni selalu ceriakan hari-hari aku kat baling tuuuuu. I love you guys :*

WALAUPUN, ada lah sekali sekala tu terasa hati dengan depa ni tapi telan je lah. Kawan kan? Tak ada yang sempurna so terima saja seadanya. Baru aku tahu yang sebenarnya, melalui persahabatan kita dapat kenal diri kita sendiri dengan lebih dekat. Contoh lah kan, kita nampak kawan kita buat something pastu hati kita ni cakap " tak suka lah cenggini ". Itu bermaksud kita tahu apa yang kita tak suka. Dalam masa yang sama kita dapat kenali diri sendir dengan lebih mendalam kan?

Oh yeahhhh next. Umur 16 tahun memang zaman yang mencabar. Lagi-lagi dalam hal cintan cintun ni. Jujur lah wei, aku masih single :3 tapi kengkawan aku ramai yang dah double. So who the hell cares? Muahahaha bagi aku, this is not the right time to fall in love. Masa itu akan sampai tapi bukan sekarang. Itu pendapat aku lah. Terserah lah kalau ada yang tak setuju dengan opinion aku :P Apa apa pun, cita-cita aku lebih penting.

Any words you wanna share with me? Leave your comment!




Jan 24, 2013

In reply to bon bon chet :]


Based on what you have write in your blog ( aku dah baca lorh hahaha) and this is for you!


Ok masalah dia sekarang ni, whether nak terus care pasal dia or ignore kan? I rasa kan you patut care pasal dia kalau you rasa you sayang dia. You memang patut ignore dia kalau you tak kesah kalau dia rosak ( jadi tak tentu hala/ nakal/ tak terurus ) So pilihan di tangan anda. Ya aku tak tahu pun sebenarnya siapa yang tuan punya blog ni maksudkan tapi ini pendapat aku dan aku nak bagitahu cik Fatin Izzati a.k.a Bonchetttttt. Hahahaha. 

You advise dia pasal jangan skip program KIKS tuu meaning you taknak tengok dia kena tangkap dengan cikgu or taknak tengok dia tak belajar pasal semua kemahiran yang sepatutnya dia belajar kan? Hahaha you actually showing that you love that person. Kahkahkah :P That's all for boncheyyyyyyy hopefully you read this and leave yo ur comment right here :] 


READ THISSSSS FATIN IZZATI :)

Jan 4, 2013

| Kembali ke Sekolah |

Hello semua. Ini mungkin kali terakhir aku update blog ni untuk bulan january sebab esok aku dah nak kena bertolak pergi Baling. Hmmm kembali kepada rutin harian aku yang dah hampir 2 bulan lebih aku tinggalkan. Basuh baju pakai tangan. Makan kat dewan makan. Pergi solat kat surau dengar ceramah. Peh banyaknyaaaaaaaa benda. Memang lah aku akan rindu pc aku yang kiut miut ni.Doakan semuanya berjalan lancar kay?

Dalam kepala hotak aku ni macam-macam benda kena fikir (eleh baru 16 tahun nak fikir apa beb) lol. Aku harap hidup aku lebih enjoy. In shaa Allah. Berdoa saja. Akan dirindui sahabat-sahabat yang berada di sini. OMG rindu nak tengok gelagat mereka yang bising gila tuuu *menangis* lol

Aku rindu budak yang selalu cakap *hikhikhikhik* sumpah rindu gila. Aku tunggu text dari dia yawww. Apa apa pun aku tak sabar nak check in dalam minggu orientasi. Harap harap lah gempak seperti biasa. Pasal aliran pulak aku dengan sebulat suara akan memilih aliran pure science a.k.a sains tulen. In shaa Allah aku akan update blog ni bila ada masa yang terluang. Take care and never forget to pray for my success yah! :* 

Jan 3, 2013

Cita-cita di masa akan datang.

Alhamdulillah.

Kali ni aku rasa macam macam nak tulis. Banyak idea yang datang. Hmm okay. Aku nak bercerita pasal cita-cita aku ataupun impian aku. Aku nak sangat share kat blog ni. Bila aku baca post ni 10 tahun akan datang mungkin aku akan tergelak. Apa apa pun aku nak share jugak! Sekarang ni aku nak belajar betul-betul and target aku, aku nak fly pergi oversea guna result trial aku. Aku akan pastikan aku dapat result habis bagus time trial dan cukup bagi aku untuk teruskan belajar kat oversea. Aku nak tunjukkan kat semua orang yang aku pun mampu kecapi kejayaan yang hebat tanpa bergantung harap pada sesiapa pun.

Aku nak tengok mak bapak aku tersenyum puas dan bangga dengan kejayaan aku. Biar orang-orang yang buat fitnah pasal mak aku tuu tutup mulut bila tahu aku berjaya dengan cemerlang. Di sini aku nak semua orang tahu, aku takda niat untuk nak bangga diri atau ujub. Aku cuma bagitahu apa yang aku nak dalam hidup aku. Dah banyak sangat keluarga aku makan hati dengan perangai makhluk makhluk Allah kat sini. Semoga Allah akan berikan yang terbaik untuk kami sekeluarga. Seterusnya bila aku dah senang nanti, aku nak bina rumah untuk orang-orang tua dan anak yatim. Aku nak berbakti untuk masyarakat. Itu impian aku.

Cita-cita aku ada banyak. Selain daripada apa yang aku dah tulis, aku nak jadi penceramah bebas a.k.a  motivator yang terunggul * cewaah* .Aku akan pergi  dari sekolah ke sekolah untuk bagi ceramah. Nak tahu kenapa? Sebab dah banyak sangat salah laku yang kita dengar semuanya "orang-orang kita" yang buat. Aku nak bangsa aku berjaya bukan makin mundur! Yeah aku nak bangsa aku jadi hebat macam bangsa-bangsa lain. Biar kita sentiasa berada di hadapan dalam semua aspek. Ok aku sangat bersemangat hari ni. Itu saja untuk kali ini. Sebarang cadangan atau pendapat sila komen yeee :*


Dec 29, 2012

| Moral values of the whole holidays |

Alhamdulillah dengan izin Dia aku masih mampu menulis kat blog ni. 

Kali ni aku nak cerita pasal moral values yang aku dapat sepanjang bulan cuti sekolah ni. ye lah cuti sekolah pun dah nak melabuhkan tirai so banyak lah jugak moral values yang aku dapat and nak share kat blog ni :] 

Firstly, start je cuti sekolah ramai kawan kawan aku yang nak kerja. Aku cakap la kat mak aku, aku pun nak kerja jugak! Pastu mak aku cakap, tak payah la. Sekarang ni time untuk belajar bukan untuk cari duit lagi. So dia register aku kat satu tuition intensive ni. Subjek yang aku ambik ada 3 ---> Add Maths---> Physic ---> Chemistry .Memula rasa macam boring gilaaaa. Tapi bila budak-budak lelaki tu bertegur sapa kat FB pastu create group. Kami pun jadilah macam bestie. Best sangat weh.  

FRIENDSHIP NEVER ENDS 

Second, dalam masa tak sampai dua bulan ni aku dah dapat rasa betapa cuaknya bila nak ambik result exam. Huih itu baru PMR belum SPM lagi. Haiyaaaaaaa apa apa pun its drove my crazy at that time. Bersyukur sangat. Aku takda lah pandai mana pun. Alhamdulillah. Kawan-kawan aku ada jugak yang tak dapat straight As. Sebab tu beofre aku ambik slip exam, aku ketaq lutut. Ergh buat teruk boleh padahal takda apa apa pun LOL 

SYUKUR ALHAMDULILLAH  

Akhir sekali, hargailah tempat tempat menarik yang ada di kawasan anda. Hohohoho actually aku baru tahu yang kat sini ada Taman Ular dan Reptilia means ada beruk, buaya, dan ular yang bermacam macam jenis. Ada besar, ada yang kecik. Ergh tengok live ular makan tikus. Haih takut. 

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA


KALAU ADA SESIAPA TAHU ORANG YANG TANYA SOALAN NI KAT ACC ASK.FM AKU, TOLONG BAGITAHU. ERRRRRRRRR HAHAHAHA 

Dec 21, 2012

| ALHAMDULILLAH |

ALHAMDULILLAH, TERIMA KASIH YA ALLAH.


Itu lah slip yang amat berharga bagi aku. Alhamdulillah penat lelah cikgu-cikgu yang mengajar, doa-doa daripada mama abah, pakcik makcik, adik kakak abang dan kawan-kawan baru dan lama, akhirnyaaa tercipta lah satu memori dan sejarah terindah dalam hidup aku. TERIMA KASIH SEMUA.

Pertama sekali, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya aku mampu untuk memiliki straight A dalam PMR :) Alhamdulillah. Kedua, terima kasih kepada guru-guru yang tak pernah jemu menyemai ilmu untuk kami first batch MRSM Baling. Ingat lagi, cikgu yang sarat mengandung datang buat kelas untuk kami semua. Ada yang bawak anak kecil datang jenguk kami time prep. Terima kasih cikgu. Science, maths , BI tak pernah dapat A. Ulang lagi sekali, TAK PERNAH dapat A dalam mana mana exam tapi rezeki kan. Alhamdulillah.

Ketiga, terima kasih kepada mama dan abah yang tak henti-henti berdoa untuk anak bongsu mereka yang comel nih :] HAHAHA mama dan abah baca yaasin time aku jawab exam dulu dengan harapan Allah mempermudahkan aku. Alhamdulillah. Dengan izin Allah. Yeahhh

Keempat, terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu seperti Muhammad Qadri Hanafi yang aku selalu tanya soalan SCIENCE dan Maths. Sue Balqis, nabil Faza huuuuuu ramaiiiiii. Terima kasih yawwww.
With Muhammad Qadri Hanafi :]

From left, Atin, Elmi dan aku :]

From left AtiqahKay, AinaaNazu, AliaFaisal,Chiz, Annura

Dec 13, 2012

| Bermulanya bulan Safar 1.2.34 |


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

Hari ni dah masuk 1 Safar tahun 1434H dan 11 Safar aku dilahirkan tahun 1418H ya memang ramai yang tak berapa nak tahu pasal bulan Islam ni sebab dari lahir kita pakai kalendar lain kan. So bila dah sedar tu, ambik lah tahu serba sedikit pasal bulan-bulan Islam.

Sekarang aku rasa gementar sebab hari ni dalam paper terpapar cerita pasal result PMR 2012 akan diumumkan pada 19/12/2012 OMG Ya Allah, tawakkal sajaaaaaaa. Sebelum tu, aku sedih sebab kelas tuition intensive aku dah nak habis :( Sedih gilaaaaa. Lepas ni dah tak boleh nak lepak dengan budak-budak tuition. OMG im gonna miss them!

To my dear crush, hopefully dia takkan lupa akuuuuuuuuuuuuuu :'( tapi aku tak risau sangat sebab sekolah dia semua lelaki so peratus dia nak tackle awek memang zero percent lah. Hihihihihi macam orang selalu cakap, kalau dah jodoh, takkan ke mana kan. So bersabar and and never stop praying that one day I'll be with you hahahaha. Tolong lah sedar. Hmmmmmm kenapalah aku perlu suka dia  :\

Abaikan. Now, we talk about the result! Ya Allah izinkalah aku dan kawan-kawanku untuk mendapat 8A dalam PMR :-) In shaa Allah. Kalau boleh time ambik result nanti aku nak on skype dengan kakak aku yang berada Eygpt. Aku seriously rindu diaaaaaaaaaaaaa. Time dia ambik result SPM aku yang macam cacing kepanasan nak tahu dia dapat berapa hehehehe Pray for me yaaaaaaa :* that's alll byeeeeeee 

Dec 10, 2012

| Assalammualaikum |

Heluuuuuu. Selamat pagi. WOAH hari ini aku rasa tenang. Tak tahu kenapa. Alhamdullillah kita masih diberi peluang untuk bernafas di atas bumi hak milik Yang Maha Esa. Dan bersyukur juga kerana semalam berjalan dengan sangat lancar!

Lepas je tuition kimia habis, kami semua menuju ke satu bangunan yang berdekatan sebab kat situ ada surau so boleh la solat zuhur. Walau pun kecik je surau tu tapi alhamdullillah dapat menunaikan solat dengan penuh khusyuk *Cewaaaaaah. Lepas je ambik wudhuk and pakai telukung tetiba ada terdengar lagu Wonder girls- Like this Hatiku berkata [ OMG OMG OMG phone akuuuuu] Hmmmm mama call. Nak tahu aku kat mana lah tuuuuuuu. Takut sangat aku pergi merayau-rayau tak tentu pasal. Anak mama ni baik lah. Takkan pergi tempat-tempat yang bahaya. Hihihihi.

Lepas selesai semua urusan di surau, kami the girls dengan perut yang dah mula berkeroncong pergi ke kedai makan yang kat belakang 'The Store' tuuu. Makanan dia boleh tahan lah. Tapi harga dia macam naik je. Hari tu aku makan kat situ dan makanan yang sama aku makan harga dia dalam RM5 je. Semalam RM5.70. Apa2 saja lah asalkan halal. Hmmmmm time sampai kat kedai tu tetiba phone cikai aku ni berbunyi dan dan number tertera adalah hahaha orang tuuuuu. Tapi bila angkat, orang lain yang jawab. Hmmm takpalah at least ada sejarah number dia call akuuuuu. BHAHAHA overnyaa akuuuu :* Mukhriz cakap mereka udah tunggu di tempat boling dan aku tetap dengan pendirian bahawa aku LAPAR. So datang lah kedai and makan duluuuuuuu.

Lepas makan, we the girls naiklah tingkat atas sekali bangunan 'The Store' kononnya nak main game. Sampai kat sana, tetiba tempat games tu dah jadi tempat jual travelling bags. Hmmmmmmmm sedikit kecewa. BTW maluuu jugak lah. So meneruskan perjalanan ke tempat bowling. Sesampai sahaja di situ, the boys dah tunggu dan terus ke kaunter. Tulis nama and dapat kasut yang hmmmmmmmm. Starting event ni memang semua malu-malu. Tapi bila dah lama sikit baru macam awwww awwww seronoknyaaaaaaaa! Ada sedikit kekecewaan bilaaaaaaaaaa ada masalah kecil mula timbul dan aku rasa macam nak meraung jah kat situ.

Apa-apa pun thanks guys! Aku harap kita akan selalu keep in touch walaupun sekolah kita sangat sangat berbeza. Semoga bertemu lagi . Hihihihihi thanks for reading.

Dec 6, 2012

Assalammualaikum :)



Hai :) Today aku nak update pasal semua yang dah terjadi tapi setakat mana yang aku mampu lah :P Semua orang tahu kan sekarang ni musim cuti sekolah tapi cuak punya pasal nak ambik SPM 2014, aku kuatkan semangat dan rajinkan diri pergi tuition intensive dekat area rumah aku. Memula rasa macam hmmm hampeh, tapi bila dah kenal banyak orang kat situ, rasa macam nak pergi lagi! HAHAHA kelas add maths dan physic dah habis. Sekarang chemistry pulaks!

Kat tempat tuition aku ni, senang nak pergi main bowling. Actually, aku memang suka sangat main bowling since form 1 lagiiiii. So, ada jah peluang nak pergi main bowling, aku pergi je lah. Main sorang sorang pun boleh. Hihihihihi tapi mama dengan abah tak suka aku pergi tempat macam tu. Tertanya-tanya jugak lah aku, kenapa tak bagi aku pergi tempat macam tu? Okay what? Aku selamat je pergi dan balik. Oh mungkin terlalu sayangkan aku kuttttt! XD hahahaha.

Meh aku nak listkan kawan-kawan aku kat tuition tuuuuuu

  • Asha
  • Fitrah
  • Mimi
  • Farah Hayut
  • Fatin Naziha 
  • Mukhriz
  • Faris
  • Ammar
  • Syauqi 
  • Qistina
  • Kak Barakat
  • Iza 
  • Nani 
Okay ini saja yang aku ingat :) :)

That's it. Harapan aku semoga kita semua akan sentiasa keep in touch sampai bila-bila! In shaa Allah.


Nov 19, 2012

| Apa itu sahabat? |

Kali ni aku bercerita pasal definisi sahabat. Yelah macam orang Melayu selalu cakap, berkawan biar seribu berkasih biar satu kan. So banyak jugak lah blog yang aku baca dan aku rujuk untuk terbitkan post kali ni. Sebenarnya aku bosan sangat duduk kat rumah niiiiiiii. Hmmm, ok teruskan.

Seorang sahabat merupakan insan yang melihat keburukan kita tapi tak lupa pada kebaikan kita. Haaaaaaaa ada kawan sorang nie dia asyik carik je mana silap kita sebab dia nak hentam cukup-cukup. Ituuuu contoh binatang bertopengkan manusia! Hmmmmm harus dijauhi. Banyak lah perangai manusia sekarang. Susah nak carik kawan yang betul-betul boleh jadi kawan bukan lawan. Lagi-lagi lah budak asrama.

Satu lagi, sahabat jugaak akan bahagia bila melihat kejayaan rakannya bukan bahagia melihat penderitaan seseorang. Kadang-kadang tuuu ada yang NAK tengok kawan dia jatuh sebab dia dengki. Dia nak dapat lebih daripada apa yang kawan dia dapat.. Hati dah gelap lah tuuuuu.Ya Allah, bantu lah mereka yang berhati gelap XD

MORAL OF THE STORY : BE THE BEST PERSON TO GUIDE SOMEONE TO THE RIGHT PATH.




Nov 12, 2012

| Bored Life |


This is my sister. I miss her. But no worry sebab next year mama cakap dia akan balik! Yeay :D Mama dengan abah pun rinduu diaaa. Sedih bila dia tak ada kat rumah. Aku tak tahu nak buat apa. Kalau dia ada boleh lah bersembang pasal itu, ini. Best ! Share out my problems and she will do the same thing! Everything we shared together. Dia belajar kat Mansoura. Dalam gambar tuuuu, SUNGAI NIL :) Sejarah Islam yang menghanyutkan Nabi Musa kan? Aku pun tak berapa tahu sangat.

Hmmmmmm, maaflah kalau dah bosan dengan post akuu yang kebanyakannya tulis pasal orang yang sama. Blog aku kan? Suka hati akuu lah. Tak mahu baca boleh chow sekarang. Terima kasih. Aku cerita pasal yang hari tuuuuuuu. Hihihihi. Kali niiii aku nak tunjuk betapa beraninyaaa aku. Aku tegur dia uuuuuuuuu.
Bhahaha. See the time. Masa tuu aku tak tahu lah kenapa aku tak tidur lagi. Mungkin sebab tengok dia kejap kejap on guna phone. Kejap kejap tanda hijau keluar. Hmmmmmmm, Aku ekceli nak letak smiley yang bye2 tuu tapi dia tak tahu. Biarlah.Okay itu saja untuk kali ini. Bye!

Nov 9, 2012

| Friendship Never Ends |

HEY! :)

Hari nie aku rasa a little bit tired sebab semalam bergayut dengan si Aqil tuu sampai pukul 2 pagi. Merepek je kerja dia. Petang tadi ingatkan nak tidur tapi apakan daya. Seruan mereka yang tersayang lebih penting daripada seruan katilkuuuuu XD

Aku, Najla, Atikah, Farisha, Shahira, Ashakirin, Ili dan Alis lepak kat rumah Naqibah yang comel tuuuuu XD Best! Part makan memang lah best tapi part tengok horror movie tuuuu agak menakutkan. Ekceli aku tak tengok pun :> Takmo :P * oh teringat message dia* Takkkkuuuuuuttt sumpah seram gila! Selain daripada itu, ada tragedi yang agak buruk telah berlaku tapi alhamdullillah dapat ditangani dengan baik oleh tuan rumah kita :D  Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai macam niiiiii :) Best gilaaaaaaaaa...

Tuan rumah kita masak sphagetti wok! Sedap :)))))))))) Terima kasih daun keladi, lain kali ajak lah lagiiiiiii :>
Memang enjoy habis lah tadiiiiii. Lepas ni, ikut plan nak gather kat Domino's pizza. Yelah, sejak dah wujud menatang alah tu kat sini, sekali pun aku tak pernah pergi lagi XD Okaaaay masa untuk layang gegambar kamiiiiiii . Jumpa lagi ye esok! Insya Allah :)

Ada yang tak ada dalam gambar nie :'( 
Woah!

Nov 8, 2012

| Hanya mampu berdoa |

Assalammualaikum w.b.t

Selamat pagi! Alhamdullillah syukur ke hadrat Ilahi kerana Dia Yang Maha Esa, aku masih mampu berdiri teguh dan bernafas dengan cukup sempurna di atas permukaan muka bumi milik Nya. Mungkin sudah acap kali aku bercerita tentang perasaan hati yang tak mampu dibendung lagi. *Aiceh*

Tanpa aku sedar, hati aku sudah mula terusik. Diusik oleh keindahan ciptaan Allah yang mencipta wajah manusia yang mampu membuat aku tersenyum bila melihatnya. Hmmmm, aku taknak pun perasaan nie ekceli. Tapi, kita tokleh control benda ni kan? Sejujur-jujurnya, aku memang suka dia. Betul-betul. Serious. Tapi, apa boleh buat? Mintak kapel dengan dia? Haaaaaiiiyaaa mengarut. Kalau kapel sekarang pun, belum tentu kita kawin dengan dia kan? No point. Simpan saja dalam hati.

Kalau betul dia lah pemegang tulang rusuk kiri aku *teringat ustazah aku bercerita pasal jodoh* , alhamdullillah. Tapi kalau bukan dia, kita tak ada kuasa nak ubah. Memang kelakarlah cara aku nak "tackle" dia. Malu wei malu. Macam perigi cari timba lah plak.

Aku ada la try "chat" dengan dia dalam Facebook. Tapi sekali je. Okaay lah tu. At least, dapat number dia XD. Alah, dapat number pun bukan boleh buat apa pun. Jadi koleksi dalam contact. Message dua , tiga kali. Pastu dah tak. Harapkan dia text aku dulu? Memang taklah. Aku suka dia! Blurb :D Aku harap dia faham. Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm :) Eh yang dah baca tuuuu senyap. Jangan kasi tahu dia. Malu lah I XD


Tiada kaitan dengan post di atas XD

Nov 7, 2012

Dalam hati Ada Rasa.

Assalammualaikum w.b.t

Sudah lama rasanya aku tak update blog nie. Macam biasa, banyak peristiwa yang telah aku alami sepanjang aku bernafas di atas permukaan bumi. Tak kira lah sama ada suka mahupun duka. Mungkin memang sudah ditakdirkan aku hanya mampu SUKA seseorang. Tak lebih daripada itu.


        Sekarang aku hanya mahu melihat apa yang akan terjadi. Mungkin ada baiknyaa kalau aku berdiam diri. Setelah melakukan beberapa percubaan untuk mendekati dia. Berdoa dan terus berdoa. 

Aug 16, 2012

| One of the best guy I've ever found |

Assalammualaikum w.b.t

Nampak tak gambar kat atas tu? Hmmm , nama dia Nabil Faza .Budak Port Dickson. Dia ni kalau time Geografi , memang aktif. Asyik-asyik PD.Takpe lah. Bangga la tuuu. Baguuusss. Ok. Macam mana aku boleh rapat dengan dia?? Mungkin sebab sifat dia yang caring kuuuttt. Lagipun kami dulu satu homeroom. Mungkin aku dah biasa dengan dia. Hampir semua benda aku kena cerita kat dia . Tapiiii awas ! Dia sudah berpunyaaaaa :D

Waktu memula dulu (orientasi 2010) , aku selalu cerita kat mak aku yang aku benci budak ni. Tapi last-last , ngam jugaaaak . Ramai jugaak la jeles .haha, Almaklumlah, Faza nii budak hot kat maktab. HOT?? Errrrrrrrrrrmm errrrrrrrmmmmmm. HAHA


Kepada yang tak puas hati dengan post ni , TERUSKAN.

Kepada tuan punya badan , thank you for everything :D

Jul 28, 2012

| Aku rindu FAMILY |

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdullillah aku masih mampu bernafas dan menaip untuk tatap semua .Hahaha.Bajet ada orang yang yang nak tatap blog aku nie . Biarlah . Sekali sekala . Okaaay. Topiknyaaa , FAMILY.  Sumpah rindu gilaaa. Lagi-lagi abang aku .Tuuuuu gambar diaaa . Hensem kaann ? Hmmm, dah berapa bulan aku tak dengar suara dia :( Tak jumpa dia . Tunggu hari raya nanti laa . Kakak aku :( Abah dengan mama aku dah jumpa hari tuuu . Hmmmm , haraplah trip vacation nanti :D happining .

Call laa aku cik abangggg oiiii . Rindu tahap dewa nie . Haisshhhhhhhhhh. Byeeee <3
Tak sabar nak balikkkk . Jumpa semuaaa oranggggggggggggggg :D HAHA Doakan aku punyaa TRIAL MARA .Mampusss .

Selamat menjalankan aktiviti seharian dalam bulan Ramadhan ,