First of All

First of All

Nov 8, 2012

| Hanya mampu berdoa |

Assalammualaikum w.b.t

Selamat pagi! Alhamdullillah syukur ke hadrat Ilahi kerana Dia Yang Maha Esa, aku masih mampu berdiri teguh dan bernafas dengan cukup sempurna di atas permukaan muka bumi milik Nya. Mungkin sudah acap kali aku bercerita tentang perasaan hati yang tak mampu dibendung lagi. *Aiceh*

Tanpa aku sedar, hati aku sudah mula terusik. Diusik oleh keindahan ciptaan Allah yang mencipta wajah manusia yang mampu membuat aku tersenyum bila melihatnya. Hmmmm, aku taknak pun perasaan nie ekceli. Tapi, kita tokleh control benda ni kan? Sejujur-jujurnya, aku memang suka dia. Betul-betul. Serious. Tapi, apa boleh buat? Mintak kapel dengan dia? Haaaaaiiiyaaa mengarut. Kalau kapel sekarang pun, belum tentu kita kawin dengan dia kan? No point. Simpan saja dalam hati.

Kalau betul dia lah pemegang tulang rusuk kiri aku *teringat ustazah aku bercerita pasal jodoh* , alhamdullillah. Tapi kalau bukan dia, kita tak ada kuasa nak ubah. Memang kelakarlah cara aku nak "tackle" dia. Malu wei malu. Macam perigi cari timba lah plak.

Aku ada la try "chat" dengan dia dalam Facebook. Tapi sekali je. Okaay lah tu. At least, dapat number dia XD. Alah, dapat number pun bukan boleh buat apa pun. Jadi koleksi dalam contact. Message dua , tiga kali. Pastu dah tak. Harapkan dia text aku dulu? Memang taklah. Aku suka dia! Blurb :D Aku harap dia faham. Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm :) Eh yang dah baca tuuuu senyap. Jangan kasi tahu dia. Malu lah I XD


Tiada kaitan dengan post di atas XD

No comments: