First of All

First of All

Jan 21, 2012

Wanita Idaman Lelaki ? Part One

Setiap wanita kat muka bumi ni inginkan/memerlukan belaian ataupun kasih sayang seseorang lelaki  . Aku akan huraikan 9 ciri wanita yang lelaki suka .

Wahai wanita sesungguhnya kejadianmu sungguh unik ,tercipta daripada tulang rusuk Adam yang membengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang .Kau umpama sekuntum bunga ,harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu .Namun bukan semua bunga yang dapat menarik kumbang.

1Berpegang kepada agama . 


Wanita yang berpegang teguh pada agama mempunyai peribadi yang uggul . Kalau tak percaya , lelaki kalau dia nak buat jadi awek , dia pilih kat tepi jalan pun boleh . Tapi , kalau nak buat bini , bukan main lama dia memilih . Dia akan cari perempuan yang bertudung , solat tak tinggal , rajin baca al-Quran . Nak tau sebab apa ? Sebab suami lah yang akan bersoal jawab dengan Allah nanti berkenaan dosa-dosa yang sang isteri buat .

2 Kecantikan dalaman .


Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup . Itulah kecantikan dalaman yang dicari oleh lelaki .Kalau cantik tuu , dikira sebagai bonus .

Wanita yang memiliki kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah diri hanya untuk mecari nama dan wang .Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan .

3 Manja 

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja ,supaya lelaki boleh memainkan perana sebagai pelindung .Tapi , kalau sifat manja tuu dalam melampau sangat , lelaki akan anggap wanita itu kurang matang 


Sambungannya nanti eh . Aku dah penat menaip :)

No comments: