First of All

First of All

Jan 3, 2013

Cita-cita di masa akan datang.

Alhamdulillah.

Kali ni aku rasa macam macam nak tulis. Banyak idea yang datang. Hmm okay. Aku nak bercerita pasal cita-cita aku ataupun impian aku. Aku nak sangat share kat blog ni. Bila aku baca post ni 10 tahun akan datang mungkin aku akan tergelak. Apa apa pun aku nak share jugak! Sekarang ni aku nak belajar betul-betul and target aku, aku nak fly pergi oversea guna result trial aku. Aku akan pastikan aku dapat result habis bagus time trial dan cukup bagi aku untuk teruskan belajar kat oversea. Aku nak tunjukkan kat semua orang yang aku pun mampu kecapi kejayaan yang hebat tanpa bergantung harap pada sesiapa pun.

Aku nak tengok mak bapak aku tersenyum puas dan bangga dengan kejayaan aku. Biar orang-orang yang buat fitnah pasal mak aku tuu tutup mulut bila tahu aku berjaya dengan cemerlang. Di sini aku nak semua orang tahu, aku takda niat untuk nak bangga diri atau ujub. Aku cuma bagitahu apa yang aku nak dalam hidup aku. Dah banyak sangat keluarga aku makan hati dengan perangai makhluk makhluk Allah kat sini. Semoga Allah akan berikan yang terbaik untuk kami sekeluarga. Seterusnya bila aku dah senang nanti, aku nak bina rumah untuk orang-orang tua dan anak yatim. Aku nak berbakti untuk masyarakat. Itu impian aku.

Cita-cita aku ada banyak. Selain daripada apa yang aku dah tulis, aku nak jadi penceramah bebas a.k.a  motivator yang terunggul * cewaah* .Aku akan pergi  dari sekolah ke sekolah untuk bagi ceramah. Nak tahu kenapa? Sebab dah banyak sangat salah laku yang kita dengar semuanya "orang-orang kita" yang buat. Aku nak bangsa aku berjaya bukan makin mundur! Yeah aku nak bangsa aku jadi hebat macam bangsa-bangsa lain. Biar kita sentiasa berada di hadapan dalam semua aspek. Ok aku sangat bersemangat hari ni. Itu saja untuk kali ini. Sebarang cadangan atau pendapat sila komen yeee :*


3 comments:

Nurul Ashakirin said...

good luck Ainaa! All the best ♡♡

Nur Alia Faisal :) said...

haha. kemain hang :) tapi eloklah kau ada niat nak ubah masa depan orang orang kita. and kau punya niat nak buat rumah anak yatim, wahhh aku pun ada niat cenggitu. nanti kita buat sesama :) hikhik. aku doakan kau yang terbaik :>

Nur Ainaa Nazurah said...

Thank you alia and asha! :]